Suspek Rompakan Kedai Emas Lahad Datu

Tuesday, October 22, 2013


"MODEL SAMBILAN MEROMPAK"


Semalam (21/10/2013) Lahad Datu dikejutkan dengan kejadian rompakan kedai emas Jutawell sekitar 1010am. .Tiga lelaki, seorang daripadanya bersenjatakan pistol manakala dua lagi parang melarikan barangan kemas bernilai kira-kira RM40,000.

Pemangku Ketua Polis LD berkata, berdasarkan loghat bahasa Melayu yang digunakan ketiga-tiga lelaki berbadan tegap itu, polis percaya mereka adalah orang tempatan dan dipercayai pernah ke kedai berkenaan sebelum melakukan rompakan itu. Difahamkan kejadian rompakan bersenjata itu adalah kes pertama sejak 20 tahun lalu.

Berikut adalah salah seorang suspek dan dipercayai ketua mereka. Suspek menggunakan pistol jenis Colt 45 dipercayai sedang menuju ke KK dengan menggunakan ISUZU DMAX Merah (SD3572F).

 
Nama Sebenar: Fairul Fahmi Bin Zulrahman
Gelaran: Belanda
Umur: 30-an
Bangsa: Idahan Pakistan
Pekerjaan: Model Sambilan

Sesiapa yang ada maklumat mengenai suspek berkenaan diharap dapat melaporkan kepada pihak polis yang berdekatan dengan segera. Kerjasama pihak awam amat-amat dihargai dan diharapkan.


1 Ladas:

Anonymous said...

Sayangnya rupa lawa, tapi..........

Instagram