Suspek Tembak Pegawai Bank Ditangkap

Thursday, October 24, 2013 | 0 Ladas

"SUSPEK DITAHAN DI SABAH"


Semalam negara kita dikejutkan dengan kejadian tembakan pegawai bank oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri. Lelaki kejam itu dikhabarkan telah melarikan sejumlah wang dengan menaiki motorsikal.



Semalam ada khabar mengatakan yang suspek tersebut telah ditahan di LCCT...
Tetapi hari ini dikhabarkan (dari sumber yang boleh dipercayai) yang suspek tersebut telah ditahan di Tawau, Sabah ketika hendak melarikan diri ke negara seberang.

Ada yang mengatakan kononya suspek tersebut telah menggunakan kad pengenalan palsu.

Tetapi bagaimana dia boleh terlepas menaiki pesawat ke sabah...?
Tiada kawalana keselamatan ke kat Airport...?
Adakah sistem keselamatan negara kita yang lemah...?

Semoga semua pihak mengambil ikhtibar di atas kejadian ini...
Semoga negara kita kembali selamat dan aman...
dan semoga arwah yang menjadi mangsa ditempatkan dalam golongan yang beriman...
Amin...



Read More

BBM for Android and iOS

Wednesday, October 23, 2013 | 1 Ladas

"AKHIRNYA BBM DILEPASKAN"

Setelah lama menanti, akhirnya pihak Blackberry telah melepaskan aplikasi BBM agar aplikasi tersebut dapat digunapakai atau dinikmati oleh orang ramai. Kalau dahulu hanya pengguna Blackberry sahaja boleh menggunakan aplikasi tersebut, tapi kini ianya juga telah boleh digunakan untuk Android dan iOS. 



BlackBerry melaporkan bahawa lebih daripada 10 juta orang telah memuat turun aplikasi melalui platform mudah alih dalam tempoh 24 jam sejak dilepaskan semalam. Ia telah mendahului aplikasi Apple App Store di lebih 75 buah negara, termasuk Amerika Syarikat.

Sebelum ini, aplikasi tersebut telah dibocorkan dan telah dimuat turun oleh 1 juta orang pada september. Pihak Blackberry telah menahan penggunaan tersebut sehingga ianya dilepaskan dengan rasmi semalam.

Sesiapa yang ingin memuat turun aplikasi BBM tersebut boleh la "Klik Sini"
tak pun kat bawah ni...

    


Jangan risau... Ianya PERCUMA...
Selamat mencuba dan jom BBM... hahaha



Read More

Suspek Rompakan Kedai Emas Lahad Datu

Tuesday, October 22, 2013 | 1 Ladas

"MODEL SAMBILAN MEROMPAK"


Semalam (21/10/2013) Lahad Datu dikejutkan dengan kejadian rompakan kedai emas Jutawell sekitar 1010am. .Tiga lelaki, seorang daripadanya bersenjatakan pistol manakala dua lagi parang melarikan barangan kemas bernilai kira-kira RM40,000.

Pemangku Ketua Polis LD berkata, berdasarkan loghat bahasa Melayu yang digunakan ketiga-tiga lelaki berbadan tegap itu, polis percaya mereka adalah orang tempatan dan dipercayai pernah ke kedai berkenaan sebelum melakukan rompakan itu. Difahamkan kejadian rompakan bersenjata itu adalah kes pertama sejak 20 tahun lalu.

Berikut adalah salah seorang suspek dan dipercayai ketua mereka. Suspek menggunakan pistol jenis Colt 45 dipercayai sedang menuju ke KK dengan menggunakan ISUZU DMAX Merah (SD3572F).

 
Nama Sebenar: Fairul Fahmi Bin Zulrahman
Gelaran: Belanda
Umur: 30-an
Bangsa: Idahan Pakistan
Pekerjaan: Model Sambilan

Sesiapa yang ada maklumat mengenai suspek berkenaan diharap dapat melaporkan kepada pihak polis yang berdekatan dengan segera. Kerjasama pihak awam amat-amat dihargai dan diharapkan.

Read More

Jamalul Kiram III Meninggal Dunia

Monday, October 21, 2013 | 1 Ladas

"JANGAN BERHENTI RAMPAS KEMBALI SABAH"

Itulah pesanan terakhir Jamalul Kiram III kepada pewarisnya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Beliau telah meninggal dunia di Pusat Jantung Filipina pada jam 4:42 am (20 Okt 2013) selepas mengalami kegagalan pelbagai organnya berfungsi.



Korang pasti ingat lagi kan dengan Arwah Jamalul Kiram III nie...
Beliau telah mengaku sebagai sultan sulu
dan telah mengadakan serangan ke atas Lahad Datu
dalam tujuan merampas Sabah kembali ke bawah
sesultanan sulu...

Ape2 pun semoga Sabah kekal aman damai
dibawah naungan Malaysia... Amin...



By;
Read More

Puasa Arafah - Apa Ganjarannya...?

Sunday, October 13, 2013

2 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Haji / Qurban...
so esok (9 Zulhiijah) adalah hari Arafah...
dimana hari tersebut jatuh pada sehari sebelum Aidiladha...
Umat Islam yang tidak pergi menunaikan Haji adalah
dianjurkan untuk berpuasa pada hari Arafah....
Puasa Arafah ini diberi nama kerana padaa saat tersebut,
jemaah haji sedang menjalankan ibadah wukuf di padang Arafah...

Hikmah dan Ganjaran Puasa Arafah ialah;
  • Pembebasan Dari Api Neraka...
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ
Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” (HR. Muslim)

Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan, “Hari Arafah adalah hari pembebasan dari api neraka. Pada hari itu, Allah akan membebaskan siapa saja yang sedang wukuf di Arafah dan penduduk negeri kaum muslimin yang tidak melaksanakan wukuf. Oleh karena itu, hari setelah hari Arafah –yaitu hari Idul Adha- adalah Hari Raya bagi kaum muslimin di seluruh dunia. Baik yang melaksanakan haji dan yang tidak melaksanakannya sama-sama akan mendapatkan pembebasan dari api neraka dan ampunan pada hari Arofah.” (Lathoif Al Ma’arif, 482)
  • Penghapus Dosa...
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ
Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (HR. Muslim).
Ini menunjukkan bahawa puasa Arafah adalah di antara jalan untuk mendapatkan pengampunan di hari Arafah. Hanya sehari puasa, bisa mendapatkan pengampunan dosa untuk dua tahun...
  • Mustajab Berdoa...
Disebutkan dalam hadits,
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Sebaik-baik do’a adalah do’a pada hari Arofah. Dan sebaik-baik yang kuucapkan, begitu pula diucapkan oleh para Nabi sebelumku adalah ucapan “Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘ala kulli sya-in qodiir (Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Miliki-Nya segala kerajaan, segala pujian dan Allah yang menguasai segala sesuatu)”.” (HR. Tirmidzi, hasan)



Jangan lepaskan peluang ni...
Jom same2 puase esok...^^


BY;
Read More

Lahad Datu War - Pray For Lahad Datu

Saturday, March 2, 2013 | 1 Ladas


Oh my Beloved Hometown... T_T



By;
Read More

Ziarah Makam Rasulullah s.a.w

Wednesday, January 23, 2013 | 4 Ladas




JUN 2012...

ini lah detik dan saat pertama ak jejakkan kaki
ke tanah suci Madinah & Makkah...
tidak ku sangka tidak ku duga...
ke sini juga akhirnya tapak kakiku berpijak...
Syukur Alhamdulillah....

Ketika hari pertama ziarah ke makan Rasulullah s.a.w
aku dan adikku terpisah dari kumpulan
sbb menunggu seorg ahli kumpulan yg berumur
dan agak lambat pergerakannya...
akibatnya... kami tersesat dan tidak tahu hendak kemana...

tiba2 seorang lelaki berjubah hitam dan kemas...
dtg menyapa dan menunjukkan jalan ke Makam Rasulullah...
Alhamdulillah... kami selamt tiba Raudah...

Raudah adalah ruang antara mimbar Rasulullah dan makam baginda...
dimana ia adalah termasuk dalam taman2 Syurga...
kerana terlalu ramai org, agak lama juga menunggu giliran
untuk masuk ke Raudah...

dgn pertolongan lelaki berjubah hitam tadi...
kami berjaya lolos dgn mudah dan mengerjakan solat sunnat
sebyk mana yg bisa...
di sekeliling Raudah itu dikawal oleh ramai anggota polis masjid Nabawi...
sesiapa yg dilihat telah mengerjakan solat sunat akan
di arahkan keluar bg memberi kesempatan untuk yg lain...

selepas mngerjakan solat sunat di Raudah,
kami terus ke sebelah kiri Raudah... Iaitu Makam Rasulullah s.a.w...
ziarah untuk yg pertama kalinya...
Sebaknya, terujanya, gembiranya, dan syukurnya hati ini
hanya Allah sahaja yg tahu...

Al-Fatihah...
Air mata berguguran... terkenang...
kenapa aku bisa sampai ke sini...

Finally I'm here.... I'm here... I'm here Ya Rasulullah....
I'm here visit you Ya Habibillah...
Do You see me...?
Do you recognize me?
Can you hear my Solawat...?

Ya Allah... syukur kehadratmu...
dapat ak merasai detik ini...
Ya Allah... syukur kehadratmu...
kerna kami tergolong dalam ummat kekasihmu...
Lahirnya Membawa cahaya ke seluruh alam...



Salam Maulidur Rasul....

*selesai ziarah Makam Rasulullah, kami mencari lelaki berjubah hitam tadi
untuk berterima kasih... tapi... tidak dapat ditemui... sbb terlalu ramai org...


Santan by;

Read More

Red Velvet Cupcake - Jom Cuba Try Test...^^

Monday, January 21, 2013 | 4 Ladas


Hari ni masuk sebulan seminggu ak kat kolej ni..
so far keje mmg best... fun... n happy...
klakar juga tgok budak2 ni bru blajar masak...
baru ak tau rupanye ak mcm tu la kot
time mula2 study culinary arts kat Taylors... hoho

okay.. 2 minggu ni dorg x de class kitchen practical...
so... ak bebas la nak buat my experiments... hoho
my first experiment ialah :


Red Velvet Cupcake

Bahan2..?

  • 57g Butter
  • 150g Castor Sugar
  • 1 Egg
  • 1tsp Vanilla Essence
  • 120ml Buttermilk
  • 1tsp Red Coloring
  • 125g Soft Flour
  • 1tbsp Cocoa Powder
  • 1/4tsp Baking Powder
  • 1/4tsp Salt
  • 1tsp Soda
  • 1tsp Vinegar 
Nak buat...?
  • Pukul butter n castor sugar tu sampai kembang, masukkan telur n vanilla... teruskan pukul hinnga sebati...
  • Dalam bekas laen, campurkan buttermilk ngan pewarna merah... gaul sebati...
  • Dalam bekas laen juga, satukan tepung, cocoa powder, baking powder dan garam... ayak tuk mengelakkan ketulan2 dalam cupcake nanti...
  • Masukkan campuran tepung dan buttermilk tadi selang-seli dan sedikit demi sedikit ke dalam butter tadi sambul pukul perlahan hingga sebati...
  • campurkan cuka dan soda dalam satu bekas... gaur sebatai kemudian masukkan kedalam adunan tadi...
  • gaul rata... kemudian tuang ke dalam acuan cupcake... jgn penuhkan... cukup sampai setengah acuan sahaja... cuz adunan tu akan kembang...
  • Bakar pada suhu 180'C selama 20-30 minit ( hingga masak )
  • biarkan sejuk sebelum hias ngan cream topping...^^









Selamat Mencuba...!!!

Santan by;
Read More

Yang Penting Happy...


Lama benor x update...
bukan x de masa... tapi malas... lol

Aug 2012, ak resign dr The Westin KL...
penat dah jadi chef..
alasan resign cuz x suke waktu kerja...
padahal nak balik sabah beraya...
klo x resign kompom2 x dpt cuti beraya... haha

Sebulan kat sabah, balik KL cari keje...
punye la payah... mula la sesal tu dtg sbb resign...
tapi  x pe... pasti ade hikmahnya...
lepas sebulan ak menapak cari keja...
akhirnya dpt la juga keje yg kira ok la...
kat Kolej murah area Maluri...
sebagai Asst. Kitchen Lab...
ak mmg suke... keje opis hour tu...
cuti pun semua layan... Alhamdulillah...

satu hari tu My mum call...
tanye pasal keje baru...
ak kata ok je... tapi gaji murh...
my mum kata x pe murah syg... asal suke n happy...

ak x tau nak ckp ape dah...
Luv u MUM...


Santan by;
Read More

Ramai Percaya Neraka Wujud...

Friday, November 30, 2012 | 0 Ladas


Renungan Jumaat...

Ramai percaya NERAKA itu Wujud dan menyiksakan...
tapi mereka tidak berusaha untuk menjaukan diri darinya....

Ramai percaya SYURGA itu wujud dan menakjubkan...
tapi mereka tidak berusaha mendekati dan mencapainya...

KENAPA....???




Perahan Santan;
Read More

Biar Sumbang, Asal Menyumbang...

Wednesday, November 28, 2012 | 0 Ladas




Perahan Santan;
Read More

I Love You Mum...

Tuesday, November 27, 2012 | 2 Ladas

26 November 2012,
Taman Pertama,
6 Petang.


My mum called time ak tgh keje...

Mak : Assalamualaikum...

Ak : Waalaikum salam...

Mak : ko keje...?

Ak : yup Mak...

Mak : oh, x pe la klo mcm tu... t mak call balik...

Ak : eh, x pe la Mak, x bz pun.. ade ape..?

Mak : x de ape... saje call... ko sehat...

Ak : Alhamdulillah Mak... sehat je... Mak ngan Bapak..?

Mak : kami sehat Alhamdulillah... mcm mane keje...? dah gaji..?

Ak : keje ok je Mak... Gaji ujung bulan ni... InsyaAllah...

Mak : owh... Alhamdulillah... Klo ade ape2, inform la... Risau cuz ko sorg je kat sane...

Ak : ok Mak... InsyaAllah ada apa2 ak gtau Mak k...^^

Mak : ok la... ko tgh keje kan... x elok la bual panjang... Jage diri k... Assalamualaikum...

Ak : ok Mak... salam ngan semua... Waalaikum Salam...


Thanks Mum...
walaupun ak dah 29, tapi dia slalu je call n risau...
No worries mum... I'm doing good here...
thanks cuz always by my side... LUV U...!!!


Perahan Santan;
Read More

Instagram...

Tuesday, November 20, 2012 | 7 Ladas


Member : DeaN, ko x de instagram lagi ke...?

Ak : x de, asal..?

Member : ko download la... best...

Ak : ak x paham... Instagram tu tuk ape..?

Member : dia app, kita bleh edit n upload2 pic2 yg kita dpt...
ala... mcm upload kat fb juga... t ade la yg komen dan like...
tapi ni khas tuk pic je...siap bleh edit lawa2 lagi...

Ak : ok... t la ak download... 

Member : great... t kita follow2...

Ak : wokkey.... set...

ni la kali pertama ak kenal Instagram... Mula2 x de la exited sgt...
dah lame, time bosan2... layan je Instagram... makin syok plak... haha
tgok pic dorg kat dalam lawa2... pg je la like or komen... 
ak pun ade la upload sikit2... seronok plak... hahaha...













Perahan Santan;
Read More

Save GAZA...!!!

Monday, November 19, 2012 | 1 Ladas

sudah bertahun rasanya 
isu GAZA menjadi coretan dan rentetan seluruh dunia...
x tau bila sampai ke noktah.
asyik berakhir dengan koma...

kini GAZA berdarah lagi...
pekikan, tangisan menjadi melodi...
Pengaman dunia kemana pergi...
hanya bersuara tapi x beraksi...

sayu hati mereka dizalimi...
hendak memberi tapi tangan x sampai...
boikot sana sini pasti tidak beri erti...
alangkah baiknye jika doa dipanjat pada Ilahi...

"Ya Allah, Selamatkanlah GAZA...!!!"



Perahan Santan;
Read More

Saman Dari Aussie...!!!

Tuesday, May 15, 2012 | 14 Ladas

Baru2 ni ak dapat surat dari Aussie...
pelik, heran bin ajaib sgt...
siapa la yg tersalah alamat sampai surat tu
sampai ke peti pos ak...???

tapi nama kat depan mmg tuk ak...
nebes juga nak buka... 
laaaa.... surat saman rupanye... hahaha
ak dapat 2 surat saman laju dari Aussie...
nak buat mcm mana... terpakse la bayar... adeh...
padahal ak x de la laju mane pun... satu dua je kot...^^


crita pasal saman laju ni...
ak nak share la pasal pengalaman ak time
drive kat Aussie tu... 
bile dgr je SYDNEY, mesti korg bygkan bandar besar...
n semestinya bandar tu akan jam...
tapi sebenarnye x pun...
mmg la bandar besar, tapi x jam langsung...
kenderaan sng je nak ulang alik...
ape yg ak tgok, dorg lagi suke naek public transport
mcm bus n train dari bawa keta...
so traffic lancar je... 

x mcm kat sini... mostly gune keta...
ye la... nak nampak 'up' sikit... poyo... hahahaha


time kat aussie tu ak drive dr Sydney ke Gold Coast...
agak jauh juga... so agak penat la bile drive x gilir2...
ak drive sorg je sbb member laen x reti bawa manual... hoho
rasanye saman laju tu dalm tempoh perjalanan ni la kot...
drive mmg agak laju... nak cepat sampai la punye pasal... =P

klo ikutkan undang2 dorg, saman laju ni adalah mandatory...
sape yg kene akan kene tarik lesen...
naseb la ak ni buka warga sane...
klo x, dah x berlesen la skrg.... !!!


Santan by;
Read More

Australia ( 1st of Mar - 7th of Mar )

Saturday, March 31, 2012 | 10 Ladas

kali ni ak ngan member2 ak g Aussie...
nak relakskan minda dr bebanan kerja masing2...
best n fun juga...
puas n berbaloiiii....^^















Santan by;
Read More

Kepulangan yang dinanti...

Friday, January 13, 2012 | 22 Ladas

hye hye hye guys...
lame Santan Berlada ni x berupdate...
rase malas je nak buat entry baru... haha

tapi hari mcm nak try buat entry
sikit demi sikit...
nak kembali berblogging.... ^^


so untuk entry permulaan di tahun 2012 ni,
ak buat entry pasal Kepulangan Yang Dinanti...
bukan pasal kepulangan ak utk blogging, 
tapi kepulangan parents ak dri mengerjakan Ibadah Haji...














Semoga mereka menjadi Haji Mabrurrr....
Amin... ^^




Santan by,
Read More

Nak enak, Tak nak anak...

Monday, November 7, 2011 | 22 Ladas


lately, byk gile citer pasal buang bayi...
tiap hari ade je cite pasal tu...
x kire la kat METRO ke...
Utusan ke..
Berita Harian ke... 
semua duk pok pek pok pek crita pasal buang bayi...


terkesima juga tgok...
ade yg kat dlm mangkuk tandas...
dalam longkang...
dalam tong sampah...
ade juga yg kene campak dari tingkat 
yg brtingkat-tingkat...
lg yg terbaru ade plak yg kene tuttttt... oleh abah sendiri...
gile horney setan tu... adeh....

x der ke rase kasihan dlm hati dorg...
x de ke rase simpati...
x de ke keperimanusiaan...
x de ke rase bersalah...
klo btul pun x nak bayi tu...
pakai la kondom time itu2...
jgn nak enak je... tapi x nak anak... 

cube la ambil ikhtibar peristiwa Sa'i...
Siti Hajar sanggup berlari dari Safa ke Marwah...
7 kali ulang alik...
dlm panas yg terik...
untuk sedikit air buat si Anak...
betapa kasih dan sygnya dia terhadap anaknya Nabi Ismail a.s...

Lempar beruang dgn batu,
amik batu lempar lagi beruang itu,
kenapa dibuang bayi itu,
sungguh jahat orang itu...!!!

mane la tau kot2 anak korg jadi cam dia ni... bukankah senang hidup korang... popular lagi... ^^



Santan by;
Read More
Instagram