Suspek Tembak Pegawai Bank Ditangkap

Thursday, October 24, 2013 | 0 Ladas

"SUSPEK DITAHAN DI SABAH"


Semalam negara kita dikejutkan dengan kejadian tembakan pegawai bank oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri. Lelaki kejam itu dikhabarkan telah melarikan sejumlah wang dengan menaiki motorsikal.



Semalam ada khabar mengatakan yang suspek tersebut telah ditahan di LCCT...
Tetapi hari ini dikhabarkan (dari sumber yang boleh dipercayai) yang suspek tersebut telah ditahan di Tawau, Sabah ketika hendak melarikan diri ke negara seberang.

Ada yang mengatakan kononya suspek tersebut telah menggunakan kad pengenalan palsu.

Tetapi bagaimana dia boleh terlepas menaiki pesawat ke sabah...?
Tiada kawalana keselamatan ke kat Airport...?
Adakah sistem keselamatan negara kita yang lemah...?

Semoga semua pihak mengambil ikhtibar di atas kejadian ini...
Semoga negara kita kembali selamat dan aman...
dan semoga arwah yang menjadi mangsa ditempatkan dalam golongan yang beriman...
Amin...



Read More

BBM for Android and iOS

Wednesday, October 23, 2013 | 1 Ladas

"AKHIRNYA BBM DILEPASKAN"

Setelah lama menanti, akhirnya pihak Blackberry telah melepaskan aplikasi BBM agar aplikasi tersebut dapat digunapakai atau dinikmati oleh orang ramai. Kalau dahulu hanya pengguna Blackberry sahaja boleh menggunakan aplikasi tersebut, tapi kini ianya juga telah boleh digunakan untuk Android dan iOS. 



BlackBerry melaporkan bahawa lebih daripada 10 juta orang telah memuat turun aplikasi melalui platform mudah alih dalam tempoh 24 jam sejak dilepaskan semalam. Ia telah mendahului aplikasi Apple App Store di lebih 75 buah negara, termasuk Amerika Syarikat.

Sebelum ini, aplikasi tersebut telah dibocorkan dan telah dimuat turun oleh 1 juta orang pada september. Pihak Blackberry telah menahan penggunaan tersebut sehingga ianya dilepaskan dengan rasmi semalam.

Sesiapa yang ingin memuat turun aplikasi BBM tersebut boleh la "Klik Sini"
tak pun kat bawah ni...

    


Jangan risau... Ianya PERCUMA...
Selamat mencuba dan jom BBM... hahaha



Read More

Suspek Rompakan Kedai Emas Lahad Datu

Tuesday, October 22, 2013 | 1 Ladas

"MODEL SAMBILAN MEROMPAK"


Semalam (21/10/2013) Lahad Datu dikejutkan dengan kejadian rompakan kedai emas Jutawell sekitar 1010am. .Tiga lelaki, seorang daripadanya bersenjatakan pistol manakala dua lagi parang melarikan barangan kemas bernilai kira-kira RM40,000.

Pemangku Ketua Polis LD berkata, berdasarkan loghat bahasa Melayu yang digunakan ketiga-tiga lelaki berbadan tegap itu, polis percaya mereka adalah orang tempatan dan dipercayai pernah ke kedai berkenaan sebelum melakukan rompakan itu. Difahamkan kejadian rompakan bersenjata itu adalah kes pertama sejak 20 tahun lalu.

Berikut adalah salah seorang suspek dan dipercayai ketua mereka. Suspek menggunakan pistol jenis Colt 45 dipercayai sedang menuju ke KK dengan menggunakan ISUZU DMAX Merah (SD3572F).

 
Nama Sebenar: Fairul Fahmi Bin Zulrahman
Gelaran: Belanda
Umur: 30-an
Bangsa: Idahan Pakistan
Pekerjaan: Model Sambilan

Sesiapa yang ada maklumat mengenai suspek berkenaan diharap dapat melaporkan kepada pihak polis yang berdekatan dengan segera. Kerjasama pihak awam amat-amat dihargai dan diharapkan.

Read More

Jamalul Kiram III Meninggal Dunia

Monday, October 21, 2013 | 1 Ladas

"JANGAN BERHENTI RAMPAS KEMBALI SABAH"

Itulah pesanan terakhir Jamalul Kiram III kepada pewarisnya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Beliau telah meninggal dunia di Pusat Jantung Filipina pada jam 4:42 am (20 Okt 2013) selepas mengalami kegagalan pelbagai organnya berfungsi.



Korang pasti ingat lagi kan dengan Arwah Jamalul Kiram III nie...
Beliau telah mengaku sebagai sultan sulu
dan telah mengadakan serangan ke atas Lahad Datu
dalam tujuan merampas Sabah kembali ke bawah
sesultanan sulu...

Ape2 pun semoga Sabah kekal aman damai
dibawah naungan Malaysia... Amin...



By;
Read More

Puasa Arafah - Apa Ganjarannya...?

Sunday, October 13, 2013

2 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Haji / Qurban...
so esok (9 Zulhiijah) adalah hari Arafah...
dimana hari tersebut jatuh pada sehari sebelum Aidiladha...
Umat Islam yang tidak pergi menunaikan Haji adalah
dianjurkan untuk berpuasa pada hari Arafah....
Puasa Arafah ini diberi nama kerana padaa saat tersebut,
jemaah haji sedang menjalankan ibadah wukuf di padang Arafah...

Hikmah dan Ganjaran Puasa Arafah ialah;
  • Pembebasan Dari Api Neraka...
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ
Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” (HR. Muslim)

Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan, “Hari Arafah adalah hari pembebasan dari api neraka. Pada hari itu, Allah akan membebaskan siapa saja yang sedang wukuf di Arafah dan penduduk negeri kaum muslimin yang tidak melaksanakan wukuf. Oleh karena itu, hari setelah hari Arafah –yaitu hari Idul Adha- adalah Hari Raya bagi kaum muslimin di seluruh dunia. Baik yang melaksanakan haji dan yang tidak melaksanakannya sama-sama akan mendapatkan pembebasan dari api neraka dan ampunan pada hari Arofah.” (Lathoif Al Ma’arif, 482)
  • Penghapus Dosa...
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ
Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (HR. Muslim).
Ini menunjukkan bahawa puasa Arafah adalah di antara jalan untuk mendapatkan pengampunan di hari Arafah. Hanya sehari puasa, bisa mendapatkan pengampunan dosa untuk dua tahun...
  • Mustajab Berdoa...
Disebutkan dalam hadits,
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Sebaik-baik do’a adalah do’a pada hari Arofah. Dan sebaik-baik yang kuucapkan, begitu pula diucapkan oleh para Nabi sebelumku adalah ucapan “Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘ala kulli sya-in qodiir (Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Miliki-Nya segala kerajaan, segala pujian dan Allah yang menguasai segala sesuatu)”.” (HR. Tirmidzi, hasan)



Jangan lepaskan peluang ni...
Jom same2 puase esok...^^


BY;
Read More

Lahad Datu War - Pray For Lahad Datu

Saturday, March 2, 2013 | 1 Ladas


Oh my Beloved Hometown... T_T



By;
Read More

Ziarah Makam Rasulullah s.a.w

Wednesday, January 23, 2013 | 4 Ladas




JUN 2012...

ini lah detik dan saat pertama ak jejakkan kaki
ke tanah suci Madinah & Makkah...
tidak ku sangka tidak ku duga...
ke sini juga akhirnya tapak kakiku berpijak...
Syukur Alhamdulillah....

Ketika hari pertama ziarah ke makan Rasulullah s.a.w
aku dan adikku terpisah dari kumpulan
sbb menunggu seorg ahli kumpulan yg berumur
dan agak lambat pergerakannya...
akibatnya... kami tersesat dan tidak tahu hendak kemana...

tiba2 seorang lelaki berjubah hitam dan kemas...
dtg menyapa dan menunjukkan jalan ke Makam Rasulullah...
Alhamdulillah... kami selamt tiba Raudah...

Raudah adalah ruang antara mimbar Rasulullah dan makam baginda...
dimana ia adalah termasuk dalam taman2 Syurga...
kerana terlalu ramai org, agak lama juga menunggu giliran
untuk masuk ke Raudah...

dgn pertolongan lelaki berjubah hitam tadi...
kami berjaya lolos dgn mudah dan mengerjakan solat sunnat
sebyk mana yg bisa...
di sekeliling Raudah itu dikawal oleh ramai anggota polis masjid Nabawi...
sesiapa yg dilihat telah mengerjakan solat sunat akan
di arahkan keluar bg memberi kesempatan untuk yg lain...

selepas mngerjakan solat sunat di Raudah,
kami terus ke sebelah kiri Raudah... Iaitu Makam Rasulullah s.a.w...
ziarah untuk yg pertama kalinya...
Sebaknya, terujanya, gembiranya, dan syukurnya hati ini
hanya Allah sahaja yg tahu...

Al-Fatihah...
Air mata berguguran... terkenang...
kenapa aku bisa sampai ke sini...

Finally I'm here.... I'm here... I'm here Ya Rasulullah....
I'm here visit you Ya Habibillah...
Do You see me...?
Do you recognize me?
Can you hear my Solawat...?

Ya Allah... syukur kehadratmu...
dapat ak merasai detik ini...
Ya Allah... syukur kehadratmu...
kerna kami tergolong dalam ummat kekasihmu...
Lahirnya Membawa cahaya ke seluruh alam...



Salam Maulidur Rasul....

*selesai ziarah Makam Rasulullah, kami mencari lelaki berjubah hitam tadi
untuk berterima kasih... tapi... tidak dapat ditemui... sbb terlalu ramai org...


Santan by;

Read More
Instagram